Rasulullah SAW sebagai role model kepada pembinaan peribadi masyarakat dunia.Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa. Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani. Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi’in. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini. Rasulullah SAW sebagai contoh yang paling baik, role model yang paling sempurna dalam semua aspek yang merangkumi ibadatnya, kepimpinannya, kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat tanpa ada sedikit cacat celanya kerana semua yang dilakukan bukan untuk diri sendiri, bukan untuk kehidupan serakah dunia, bukan untuk membolot pangkat kedudukan tetapi hanya kerana Allah S.W.T. Firman Allah melalui surah Al-Ahzab ayat 45-46: Maksudnya: “Wahai Nabi! Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi dan pembawa khabar gembira dan pemberi ancaman dan penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan sebagai lampu yang bercahaya” Sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W. adalah pemimpin yang terpancar daripada keperibadiannya ciri-ciri akhlak yang mulia bukan hanya menjadi contoh kepada umat Islam tetapi menjadi daya penarik kepada musuh Islam untuk memeluk agama yang syumul ini. Sifat-sifat para nabi dan rasul Allah SWT :
1. Siddiq / siddik / sidiq / sidik
Siddiq berarti benar dan perkataan dan perbuatan. Jadi mustahil jika seorang nabi dan rosul adalah seorang pembohong yang suka berbohong.
2. Amanah / Amanat
Amanah artinya terpercaya atau dapat dipercaya. Jadi mustahil jika seorang nabi dan rosul adalah seorang pengkhianat yang suka khianat.
3. Fathonah / Fathanah / Fatonah
Fathonah adalah cerdas, pandai atau pintar. Jadi mustahil jika seorang nabi dan rosul adalah seorang yang bodoh dan tidak mengerti apa-apa.
4. Tabligh / Tablik / Tablig
Tabligh adalah menyampaikan wahtu atau risalah dari Allah SWT kepada orang lain. Jadi mustahil jika seorang nabi dan rosul menyembunyikan dan merahasiakan wahyu / risalah Alaah SWT.
Akhlak dan Fungsi Kenabian Muhammad Saw.
Al-Quran mengakui secara tegas bahwa Nabi Muhammad Saw. memiliki akhlak yang sangat agung.
"Sesungguhnya engkau (Muhammad) berada di atas akhlak yang agung"
(QS Al-Qalam [68]: 4).
Kata "di atas" tentu mempunyai makna yang sangat dalam, melebihi kata lain, misalnya, pada tahap/dalam keadaan akhlak mulia.
Seperti dikemukakan di atas, Al-Quran surat Al-An'am ayat 90 menyebutkan dalam rangkaian ayat-ayatnya 18 nama Nabi/Rasul. Setelah ke-lapan belas nama disebut, Allah berpesan kepada Nabi Muhammad Saw.,
"Mereka itulah yang telah memperoleh petunjuk dari Allah, maka hendaknya kamu meneladani petunjuk yang mereka peroleh."
Ulama-ulama tafsir menyatakan bahawa Nabi Muhammad Saw mengambil berat terhadap pesanan ini. Hal itu terbukti antara lain, ketika salah seorang pengikutnya mengecam kebijaksanaan beliau saat membagi harta rampasan perang, beliau menahan kemarahannya dan menyabarkan diri dengan berkata,
"Semoga Allah merahmati Musa a s. Dia telah diganggu melebihi gangguan yang kualami ini, dan dia bersabar (maka aku lebih wajar bersabar daripada Musa a s.)."
Kerana itu pula sebahagian ulama tafsir menyimpulkan, bahawa pastilah Nabi Muhammad Saw. telah meneladani sifat-sifat terpuji para nabi sebelum beliau
Nabi Nuh a.s. dikenal sebagai seorang yang gigih dan tabah dalam berdakwah. Nabi Ibrahim a.s. dikenal sebagai seorang yang amat pemurah, serta amat tekun bermujahadah mendekatkan diri kepada Allah. Nabi Daud a.s. dikenal sebagai nabi yangamat menonjolkan rasa syukur serta penghargaannya terhadap nikmat Allah. Nabi Zakaria a.s., Yahya a.s., dan Isa a.s., adalah nabi-nabi yang berupaya menghindari kenikmatan dunia demi mendekatkan diri kepada Allah Swt.
Nabi Yusuf a.s. terkenal gagah, dan amat bersyukur dalam nikmat dan bersabar menahan cobaan. Nabi Yunus a. s. diketahui sebagai nabi yang amat khusyuk ketika berdoa, Nabi Musa terbukti sebagai nabi yang berani dan memiliki ketegasan, Nabi Harun a.s. sebaliknya, adalah nabi yang penuh dengan
kelemahlembutan. Demikian seterusnya, dan Nabi Muhammad Saw. meneladani semua keistimewaan mereka itu.
Ada beberapa sifat Nabi Muhammad Saw. yang ditekankan oleh Al-Quran, antara lain,
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu (umat manusia), serta sangat menginginkan kebaikan untuk kamu semua, lagi amat tinggi belas kasihannya serta penyayang terhadap orang-orang mukmin" (QS Al-Tawbah [9]: 128).
Begitu besar perhatiannya kepada umat manusia, sehingga hampir-hampir saja ia mencelakakan diri demi mengajak mereka beriman (baca QS Syu'ara [26]: 3). Begitu luas rahmat dan kasih sayang yang dibawanya, sehingga menyentuh manusia,binatang, tumbuh-tumbuhan, dan makhluk-makhluk tak bernyawa.
Sebelum Eropa memperkenalkan Organisasi Pencinta Binatang, Nabi Muhammad Saw. telah mengajarkan,
"Bertakwalah kepada Allah dalam perlakuanmu terhadap binatang-binatang, kendarailah dan makanlah dengan baik."
"Seorang wanita terjerumus ke dalam neraka karena seekor kucing yang dikurungnya."
"Seorang wanita yang bergelimang dosa diampuni Tuhan karena memberi minum seekor anjing yang kehausan."
Rahmat dan kasih sayang yang dicurahkannya sampai pula pada benda-benda tak bernyawa. Susu, gelas, cermin, tikar, perisai, pedang, dan sebagainya, semuanya beliau beri nama, seakan-akan benda-benda tak bernyawa itu mempunyai kepribadian yang membutuhkan uluran tangan, rahmat, kasih sayang, dan
persahabatan.
Diakui bahwa Muhammad Saw. diperintahkan Allah untuk menegaskan bahwa,
"Aku tidak lain kecuali manusia seperti kamu, (tetapi aku) diberi wahyu ..."
(QS Al-Kahf [18]: 110).
Kehidupan berkeluargaRasulullah memimpin untuk Islam ke arah kesejahteraan hidup, ke arah kemuliaan darjat, tidak dipandang hina, jauh sekali untuk ditindas, ini kerana Rasulullah S.A.W. sebelum mentarbiyah umat Islam secara individu terlebih dahulu membina Keluarga Islam dalam satu acuan berlandaskan al-Quran, keluarga Islam yang hidup dalam keadaan rukun damai, saling sayang menyayangi, sokong menyokong, bantu membantu dengan ikatan ukhuwah islamiah serta dikukuhkan oleh rasa kesamaan dan prihatin terhadap musibah saudaranya. Keluarga Islam yang tidak memandang pada nasab keturuanan yang tinggi tetapi kepada hubungan keagamaan. Keluarga Islam yang tidak memandang kepada himpunan harta tetapi pada pertalian agama yang kukuh. Dengan demikian umat Islam pada ketika itu bukan hanya umat yang paling tinggi akhlaknya, bukan hanya umat yang paling mulia hidupnya, bukan hanya umat yang paling rukun persaudaraannya tetapi juga umat yang paling digeruni oleh musuh-musuhnya. Inilah keluarga Islam yang dibentuk oleh baginda rasulullah yang sentiasa diterangi oleh nur rahmat, keluarga Islam yang dipimpin oleh seorang al-amin yang hidup dengan cara sedarhana, yang hidup dengan lebih mementingkan orang lain daripada dirinya, yang menghabiskan sepenuh usianya berjuang untuk meletakkan Din Islam pada puncak persada yang tinggi, agama yang paling tinggi, paling mulia dan tiada yang lebih mulia daripadanya. Ilmu pengetahuan merupakan salah satu alat terpenting dan amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh kerana itu Islam amat mengambil berat mengenai pendidikan umat Islam. Al-Quran diturunkan dengan misi pendidikan yang amat jelas dimana ayat pertama yang disampaikan kepada Rasulullah S.A.W. melalui Jibril ialah IQRA , Ertinya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Surah al-Alaq ayat 1 – 5) Ini sebagai satu isyarat betapa untuk kita memulakan sesuatu langkah itu kita perlu belajar terlebih dahulu. Rasulullah S.A.W. sebagai utusan Allah untuk menjelaskan kepada umatnya mengenai risalah Islamiah yang dibawa, sekaligus baginda berperanan sebagai guru dan pendidik. Allah menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan amanat Allah dengan terang.”Rasulullah merupakan contoh terunggul dalam semua aspek kehidupan.Sebagai pendidik Rasulullah S.A.W. berjaya membangun para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman, bersedia berkorban apa saja pada jalan Allah, dan akhirnya mereka ini menjadi aset terpenting untuk Islam yang sanggup mengorbankan jiwa, tenaga, harta benda dan kekayaan demi untuk Islam.Ini adalah hasil pendidikan Imaniyah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. yang mendidik bukan hanya dengan teori tetapi lebih banyak disampaikan melalui amali yang bersumberkan diri Rasulullah S.A.W sendiri.Tanggungjawab pendidikan adalah tanggungjawab berterusan sepanjang hayat, ianya tidak berakhir dengan kewafatan baginda Rasulullah S.A.W, maka kita sebagai penyambung generasi adalah bertanggungjawab melaksanakan misi pendidikan ini.Ciri-ciri pendidikan Rasulullahmu’allim iaitu menyampaikan ilmumurabbi iaitu mengasuh dan mendidik serta membimbing anak-anak didik dengan penuh kasih sayingmu’addib yang membentuk akhlak dan menerapkan nilai-nilai murni muthabbit iaitu membina keyakinan dan jati diri kepada anak-anak didik melalui contoh teladan yang terbaik. Falsafah Pendidikan al-Quran yang menggariskan tiga dimensi penting yang perlu diikuti :1. Memberi petunjuk dan motivasi yang mengarahkan kepada pemantapan akidah, membentuk akhlak mulia dan pembersihan rohani dan jasmani untuk mencapai martabat insan soleh dan bertakwa kepada Allah S.W.T.2. Memberi penekanan tentang aspek-aspek pendidikan yang perlu dilaksanakan dalam proses membimbing dan membentuk nilai-nilai keperibadian yang luhur serta dapat mengangkat martabat dan peradaban ummah yang dirahmati Allah.3. Memberi penekanan pendekatan yang berkesan untuk mendidik dan membimbing manusia ke arah mencapai kegemilangan dan kecemerlangan dalam merealisasikan fungsi manusia sebagai khalifah Allah dengan petunjuk dan hidayah-NyaAllah berfirman dalam surah Az-Zumar, ayat 9 yang bermaksud:“Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”. Ertinya : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di-antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)”.
Bukti kebenaran kenabian dan kerasulannya adalah Al-Quran dan diri beliau sendiri yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis). Para pakar bersepakat dengan menggunakan berbagai tolok ukur untuk mengakui beliau sebagai manusia teragung yang pernah dikenal oleh sejarah kemanusiaan
Demikianlah kesimpulan Thomas Carlyle dalam bukunya On Heroes, Hero, Worship and the Heros in History dengan menggunakan tolok ukur kepahlawanan. Demikian pula Will Durant dalam The Story of Civilization in the World dengan tolok ukur hasil karya, Marcus Dodds dalam Muhammad, Buddha, and Christ, dengan tolok ukur keberanian moral, Nazme Luke dalam Muhammad
Al-Rasul wa Al-Risalah dengan tolok ukur metode pembuktian ajaran, serta Michael Hart dalam bukunya tentang seratus tokoh dunia yang paling berpengaruh dalam sejarah, dengan tolok ukur pengaruh serta sederetan pakar lainnya.
"Mustahil bagi siapa pun yang mempelajari kehidupan dan karakter Muhammad (Saw.), hanya mempunyai perasaan hormat saja terhadap Nabi mulia itu. Ia akan melampauinya sehingga meyakini bahwa beliau adalah salah seorang Nabi terbesar dari sang Pencipta," demikian Annie Besant menulis dalam The Life
and Teachings of Muhammad.
Dalam konteks ini Al-Quran surat Alam Nasyrah ayat 4 menyatakan,
"Sesungguhnya Kami pasti akan meninggikan namamu."
Dalam ayat lain dinyatakan:
"Wahai seluruh manusia, telah datang kepada kamu bukti yang sangat jelas dan Tuhanmu (yakni Muhammad Saw.), dan Kami telah (pula) menurunkan cahaya yang terang benderang (Al-Quran)" (QSAl-Nisa' [4]: 174).
August 15, 2007 at 1:35 pm
Hi, this is a comment.
To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.